Skip to content
In forceUpdated to 23 Jan 2026Read it in English

Bahagian VII · Tribunal bagi Antibuli

40. Rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi mengenai persoalan undang-undang

Feedback & support
(1)

Sebelum Tribunal membuat sesuatu award di bawah seksyen 42, Tribunal boleh, mengikut budi bicaranya, merujuk kepada Hakim Mahkamah Tinggi sesuatu persoalan undang-undang—

(a)

yang timbul dalam penjalanan prosiding;

(b)

yang, pada pendapat Tribunal, adalah cukup penting untuk mewajarkan rujukan itu; dan

(c)

yang penentuannya oleh Tribunal menimbulkan, pada pendapat Tribunal, keraguan yang mencukupi untuk mewajarkan rujukan itu.

(2)

Jika Tribunal merujuk apa-apa persoalan undang-undang di bawah subseksyen (1) bagi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi,

Tribunal hendaklah membuat awardnya bertepatan dengan keputusan itu.

(3)

Bagi maksud rujukan kepada Mahkamah Tinggi mengenai apa-apa persoalan undang-undang, seorang Peguam Persekutuan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara boleh hadir bagi pihak Tribunal dalam apa-apa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi.

Report

Bahagian VIII

Fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia di Bawah Akta Ini

Bahagian IX

Schedules