Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian X · Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan
212. Section 212
Feedback & supportTertakluk pada ubah suaian yang kemudian daripada ini dinyatakan apabila angkatan tetap atau mana-mana bahagiannya berada dalam perkhidmatan giat, peruntukan Bahagian V hendaklah terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil bekerja oleh atau yang berkhidmat dengan atau yang mengikut atau menyertai angkatan tetap atau bahagian angkatan tetap yang berada dalam perkhidmatan giat.
Ubah suaian yang tersebut ialah—
hukuman yang boleh dikenakan oleh sesuatu mahkamah tentera hendaklah termasuk sesuatu denda, tetapi tidak termasuk apa-apa hukuman lain yang kurang daripada hukuman pemenjaraan;
hukuman yang boleh dikenakan jika sesuatu pertuduhan dibicarakan terus hendaklah, dalam hal apa-apa kesalahan, denda tidak melebihi dua ratus ringgit, tetapi tiada hukuman lain;
Akta Angkatan Tentera 217
peruntukan yang berikut hendaklah berkuat kuasa sebagai ganti subseksyen 93(2), (3) dan (4), iaitu, bahawa seseorang boleh ditangkap oleh seseorang pegawai provos, oleh mana-mana pegawai waran, ketua pegawai kecil, pegawai tidak bertauliah atau pegawai kecil yang menjalankan kuasa di sisi undang-undang di bawah pegawai provos atau bagi pihaknya, atau dengan perintah mana-mana pegawai angkatan tetap;
jika sesuatu pertuduhan dibicarakan terus dan telah diputuskan bahawa tertuduh itu bersalah, sesuatu dapatan tidaklah boleh direkodkan sehingga selepas tertuduh itu telah diberi peluang untuk memilih untuk dibicarakan oleh mahkamah tentera, dan jika tertuduh itu memilih sedemikian sesuatu dapatan tidaklah boleh direkodkan tetapi langkah-langkah hendaklah diambil dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah
Tatacara;
peruntukan
Akta ini yang berhubungan dengan penyiasatan, dan perbicaraan terus, kesalahan hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, terpakai sebagaimana ia terpakai bagi pegawai dan pegawai waran;
bagi maksud peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan penyiasatan kesalahan, pegawai memerintah ialah pegawai sebagaimana yang ditentukan oleh atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud seksyen ini oleh Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong;
bagi sebutan dalam seksyen 143 dan 144 sebagai tertakluk terus atau tidak lagi tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, hendaklah digantikan sebutan sebagai berada, terus berada atau tidak lagi berada dalam hal keadaan yang Bahagian V tersebut terpakai, dan subseksyen 143(3) tersebut tidaklah terpakai.
218 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
Sesuatu denda yang dikenakan menurut kuasa seksyen ini, sama ada oleh mahkamah tentera atau sesuatu pihak berkuasa atasan yang berkenaan boleh didapatkan di Malaysia sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Pemakaian Akta bagi Angkatan Tertentu