Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian X · Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

213. Pemakaian Akta bagi angkatan simpanan dan sukarela

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, sebutan dalam

Bahagian V, VI dan VII mengenai angkatan tetap hendaklah termasuk sebutan mengenai orang yang berikut, iaitu:

(a)

anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap yang menjadi tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah perenggan 209(1)(d); dan

(b)

anggota angkatan sukarela yang menjadi tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah perenggan 209(1)(e) dan (f ), dan sebutan mengenai pegawai dan askar-lasykar atau mengenai anggota sesuatu badan angkatan tetap atau mengenai tidak hadir secara yang menyalahi undang-undang daripada angkatan itu hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(2)

Seksyen 34, kecuali perenggan (1)(b), hendaklah terpakai bagi askar-lasykar bagi Simpanan Angkatan Tetap dan bagi angkatan sukarela sebagaimana ia terpakai bagi askar-lasykar angkatan tetap.

(3)

Kuasa yang diberikan oleh subseksyen 54(3) dan 100(3) untuk mengarahkan pelucuthakan perkhidmatan terdahulu seseorang pesalah tidak boleh dijalankan berkenaan dengan askar-lasykar bagi Simpanan

Angkatan Tetap atau angkatan sukarela.

(4)

Perenggan 54(2)(c), seksyen 164 hingga 167 termasuk kedua-duanya dan kecuali setakat yang boleh terpakai oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207, Bahagian V yang

Akta Angkatan Tentera 219

berhubungan dengan award tahanan gaji dan seksyen 158 hingga 163

termasuklah kedua-duanya, tidaklah terpakai—

(a)

bagi pegawai Simpanan Angkatan Tetap yang tidak dalam perkhidmatan sebenar;

(b)

bagi askar-lasykar daripada Simpanan Angkatan Tetap kecuali apabila dikerah untuk berkhidmat di bawah seksyen 190; atau

(c)

bagi anggota angkatan sukarela kecuali apabila mereka dikerah untuk berkhidmat di bawah seksyen 202.

(5)

Dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut ungkapan

“perkhidmatan sebenar”, berhubung dengan seseorang pegawai dalam

Simpanan Angkatan Tetap, ertinya bahawa dia sedang berkhidmat

(selain apabila menjalani latihan) dengan sesuatu badan angkatan tetap, atau dalam Simpanan Angkatan Tetap yang dikerah untuk berkhidmat atau dengan sesuatu bahagian mana-mana daripada angkatan sukarela yang dikerah untuk berkhidmat.

(6)

Dalam hal seseorang anggota sukarela yang berpangkat rendah daripada pegawai waran yang didapati bersalah melakukan sesuatu kesalahan oleh pegawai memerintahnya, seksyen 97 hendaklah terpakai seolah-olah hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (3)

seksyen itu termasuk dibuang kerja daripada perkhidmatan Seri

Paduka Baginda:

Dengan syarat bahawa jika pegawai memerintah mengenakan pembuangan kerja dia tidaklah boleh mengenakan apa-apa hukuman lain.

(7)

Berkenaan dengan Bahagian V, bagi maksud seksyen ini, jika mana-mana peruntukan dalamnya menyatakan bahawa sesuatu tindakan tertentu boleh dilakukan oleh seseorang anggota angkatan tetap yang mempunyai suatu pangkat tertentu atau yang memegang sesuatu jawatan tertentu, dan Simpanan Angkatan Tetap atau angkatan sukarela tidak mempunyai anggota yang mempunyai pangkat sedemikian atau memegang jawatan sedemikian, maka seorang

220 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

anggota angkatan tetap yang mempunyai pangkat itu atau yang memegang jawatan itu boleh menjalankan tindakan sedemikian berhubung dengan seseorang anggota Simpanan Angkatan Tetap atau angkatan sukarela.

Report