Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian X · Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

215. Pelaksanaan perintah, surat cara, dsb

Feedback & support

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh mana-mana kaedah atau peraturan di bawah Akta ini, mana-mana perintah atau penentuan yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah Akta ini oleh mana-mana pihak berkuasa angkatan tentera boleh dimaklumkan dengan ditandatangani sendiri oleh mana-mana pegawai

Akta Angkatan Tentera 221

yang diberi kuasa bagi maksud itu; dan apa-apa surat cara yang memaklumkan perintah atau penentuan itu dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang pegawai yang dinyatakan dalamnya sebagai diberi kuasa sedemikian hendaklah, melainkan jika akasnya dibuktikan, disifatkan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa sedemikian.

Report