Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian X · Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan
214. Kuasa yang boleh dijalankan dalam perundangan subsidiari
Feedback & supportApa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini untuk membuat peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah-perintah atau surat cara lain hendaklah termasuk kuasa untuk membuat peruntukan bagi kes tertentu atau kelas kes, dan untuk membuat peruntukan yang berlainan bagi kelas-kelas kes yang berlainan dan bagi maksud mana-mana peraturan, kaedah, perintah atau surat cara, kelas-kelas kes bolehlah ditakrifkan dengan rujukan kepada hal keadaan yang dinyatakan dalamnya.
Apa-apa peraturan, kaedah, perintah atau surat cara lain seperti yang disebut terdahulu boleh mengenakan syarat, menghendaki tindakan atau perkara dilaksanakan atau dilakukan hingga memuaskan hati mana-mana orang yang dinamakan dalamnya sama ada atau tidak orang itu menjadi anggota mana-mana angkatan tetap, memberi kuasa kepada orang itu untuk mengeluarkan perintah sama ada secara lisan atau bertulis yang menghendaki tindakan atau perkara dilaksanakan atau dilakukan atau melarang tindakan atau perkara daripada dilaksanakan atau dilakukan, dan menetapkan tempoh atau tarikh, pada, yang dalamnya atau sebelumnya tindakan atau perkara itu hendaklah dilaksanakan atau dilakukan atau syarat itu dipenuhi, dan mengadakan peruntukan bagi rayuan terhadap mana-mana perintah, kehendak atau arahan.