Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian X · Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan
217. Pemansuhan enakmen dan ordinan yang ada
Feedback & supportEnakmen Askar Melayu, Ordinan Askar Persekutuan 1952
[Ord. 27 tahun 1952], Ordinan Angkatan Tentera 1952 [Ord. 47 tahun 1952], Ordinan Tentera Laut 1958, Ordinan Tentera Udara 1958,
Ordinan Askar Wataniah 1958 [Ord. 52 tahun 1958], Ordinan
Simpanan Sukarela Tentera Laut 1958 [Ord. 55 tahun 1958] dan
Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Udara 1958 [Ord. 58 tahun 1958]
dengan ini dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa—
semua angkatan tentera yang ditubuhkan di bawah peruntukan enakmen dan ordinan yang disebut terdahulu hendaklah disifatkan ditubuhkan di bawah Akta ini; dan
semua pegawai dan askar-lasykar yang berkhidmat dengan angkatan tentera yang ditubuhkan di bawah peruntukan enakmen dan ordinan yang disebut terdahulu pada hari yang ditetapkan hendaklah disifatkan telah ditauliahkan, dilantik, diambil masuk atau diambil berkhidmat semula, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini, tetapi pegawai dan askar-lasykar itu tidak boleh dikehendaki berkhidmat dengan angkatan tetap bagi tempoh yang lebih lama daripada tempoh yang mereka dikehendaki berkhidmat pada masa mereka mula-mula ditauliahkan, dilantik, diambil masuk, atau diambil berkhidmat semula, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Akta Angkatan Tentera 225
Walau apa pun peruntukan subseksyen terdahulu yang akhir disebut atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, semua kaedah, peraturan, perintah dan surat cara lain yang dibuat di bawah enakmen dan ordinan yang dengan ini dimansuhkan, setakat yang ia selaras dengan peruntukan Akta ini, hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dimansuhkan secara nyata.