Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian X · Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan
216. Peruntukan peralihan
Feedback & supportPeruntukan peralihan sebagaimana yang dinyatakan kemudian daripada ini hendaklah mula berkuat kuasa pada hari yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini (kemudian daripada ini disebut “hari yang ditetapkan”).
Berhubung dengan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana seksyen dalam Bahagian I Enakmen Askar Melayu [N.M.B. Bab 42]
atau terhadap seksyen 11 hingga 14 termasuk kedua-duanya Ordinan
Tentera Udara 1958 [Ord. 20 tahun 1958], atau terhadap seksyen 2
hingga 42 termasuk kedua-duanya Akta Tatatertib Tentera Laut 1957,
United Kingdom [5 dan 6 Eliz. 2.] sebagaimana yang terpakai oleh seksyen 10 Ordinan Tentera Laut 1958 [Ord. 27 tahun 1958],
(kemudian daripada ini secara kolektif disebut “seksyen tersebut”)
seksyen 89 hingga 144 termasuk kedua-duanya dan seksyen 149
hingga 155 termasuk kedua-duanya Akta ini dan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 119, 137 dan 155
hendaklah terpakai seolah-olah seksyen tersebut terkandung dalam
Akta ini dan Akta ini telah berkuat kuasa apabila kesalahan itu dilakukan dan seolah-olah apa-apa dapatan atau hukuman yang telah berkuat kuasa sebelum hari yang ditetapkan, dan apa-apa jua yang dilakukan sebelum hari itu menurut kuasa atau berhubung dengan dapatan atau hukuman telah tercapai, dijatuhkan atau dilakukan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menjadikan sesuatu kesalahan itu boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atau dibicarakan terus, jika oleh sebab masa atau tempat pelakuan kesalahan itu ia tidak boleh dibicarakan atau diuruskan
222 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
sedemikian di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.
Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen yang disebut terdahulu, jika mana-mana prosiding bagi kesalahan yang disebut terdahulu telah dimulakan sebelum hari yang ditetapkan, apa-apa langkah yang diambil dalam prosiding selepas hari itu hendaklah disifatkan telah diambil dengan sahnya jika diambil di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.
Dalam seksyen 146 sebutan mengenai Akta ini atau mengenai mana-mana peruntukannya hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk masing-masing sebutan mengenai undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini atau mengenai peruntukan yang bersamaan dengan Akta Tatatertib Tentera Laut 1957, United Kingdom.
Jika selepas hari yang ditetapkan seseorang dikatakan—
telah melakukan suatu kesalahan yang berterusan selama suatu tempoh yang bermula sebelum hari itu dan berakhir pada atau selepas hari itu; atau
telah melakukan suatu kesalahan antara dua tarikh yang jatuh dalam sesuatu tempoh itu, dan kesalahan itu ialah suatu kesalahan terhadap sesuatu peruntukan dalam Bahagian V jika Akta ini telah berkuat kuasa pada semua masa material, dia bolehlah dibicarakan seolah-olah Akta ini telah berkuat kuasa sedemikian.
Jika sebaik sebelum hari yang ditetapkan mana-mana orang ditahan dalam perkhidmatan di bawah seksyen 66 Enakmen Askar
Melayu atau di bawah seksyen 15 Ordinan Tentera Laut 1958, pada mengira tempoh yang dia boleh ditahan dan perkhidmatannya dipanjangkan di bawah peruntukan Akta ini yang bersamaan, hendaklah diambil kira tempoh yang dia telah ditahan sedemikian, atau perkhidmatannya dipanjangkan, di bawah peruntukan tersebut dalam
Akta ini.
Akta Angkatan Tentera 223
Jika sebaik sebelum hari yang ditetapkan sesuatu proklamasi
Yang di-Pertuan Agong dibuat di bawah perenggan 67(iv) Enakmen
Askar Melayu berkuat kuasa ia hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah ia dibuat di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini.
Apa-apa perintah yang membenarkan pemberhentian kerja seseorang yang diberi sebelum hari yang ditetapkan oleh seseorang pegawai yang ditetapkan bagi maksud itu di bawah mana-mana daripada undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini hendaklah disifatkan bagi maksud subseksyen 28(3) sebagai suatu perintah pihak berkuasa yang layak.
Kuasa yang diberikan oleh Akta ini bagi memulangkan balik perkhidmatan yang dilucuthakkan dan meremitkan pelucuthakan dan potongan bolehlah dijalankan berhubung dengan perkhidmatan yang dilucuthakkan dan pelucuthakan dan potongan yang dikenakan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.
Apa-apa pelucuthakan atau potongan daripada gaji yang berkuat kuasa di bawah atau menurut kuasa mana-mana daripada undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, tertakluk pada subseksyen terdahulu yang akhir disebut, terus berkuat kuasa pada atau selepas hari yang ditetapkan.
Mana-mana perintah yang berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan di bawah atau menurut kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini yang bersamaan dengan seksyen 164 dan 165 hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah dibuat di bawah Akta ini, dan seksyen 166 hendaklah terpakai dengan sewajarnya.
Apa-apa dokumen yang dibuat sebelum hari yang ditetapkan yang bolehlah diterima sebagai keterangan di bawah atau menurut kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini, atau peruntukan itu sebagaimana yang terpakai oleh mana-mana enakmen lain, hendaklah diterima setakat
224 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
yang sama dan dalam prosiding yang sama pada atau selepas hari yang ditetapkan.
Jika sebaik sebelum hari yang ditetapkan apa-apa perisytiharan atau pembaharuan berkuat kuasa di bawah seksyen 123
Enakmen Askar Melayu, ia hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah dibuat di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini.