Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian VIII · Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

24A. Kuasa Menteri untuk memberikan lesen bagi mengadakan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh memberikan lesen kepada suatu syarikat yang dinamakan oleh Kerajaan Malaysia di bawah seksyen ini untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan dalam aerodrom atau selainnya, selain perkhidmatan pengendalian darat dan pengendalian aerodrom yang tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015

[Akta 771].

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan perkara yang berikut:

(a)

fungsi yang akan dijalankan atau perkhidmatan yang akan diadakan oleh syarikat itu; dan sebutan dalam Akta ini mengenai mana-mana perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan ialah sebutan mengenai perkhidmatan yang diadakan sedemikian oleh syarikat itu;

(b)

pematuhan oleh syarikat itu akan standard prestasi yang ditetapkan oleh

Ketua

Pengarah di bawah perenggan 2B(a);

(c)

(Dipotong oleh Akta A1497];

(d)

tempoh lesen itu;

(e)

fi tahunan yang kena dibayar oleh syarikat itu;

Penerbangan Awam 45

(f)

tugas tertentu syarikat itu berkenaan dengan perkhidmatan yang diadakan olehnya; dan

(g)

apa-apa perkara atau syarat lain yang difikirkan patut oleh

Menteri.

(3)

Pengeluaran lesen kepada sesuatu syarikat di bawah subsekyen (1) tidak mengenakan apa-apa tanggungan pada Kerajaan

Malaysia bagi apa-apa kerugian, kerosakan, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh, atau berakibat daripada apa-apa insiden atau kemalangan kena lapor akibat, daripada apa-apa perbuatan, peninggalan atau kemungkiran syarikat itu.

(4)

Dalam seksyen ini—

“insiden” ertinya sesuatu kejadian yang berkaitan dengan pengendalian sesuatu kapal udara yang menjejaskan atau boleh menjejaskan keselamatan pengendaliannya;

“kemalangan kena lapor” ertinya sesuatu kejadian yang berkaitan dengan pengendalian sesuatu kapal udara yang berlaku antara masa mana-mana orang menaiki kapal udara itu bagi maksud penerbangan sehingga suatu masa bila semua orang sudah turun dari kapal udara itu, dan dalam kejadian itu—

(a)

seseorang mati atau cedera parah atau serius akibat—

(i)

berada dalam kapal udara itu;

(ii)

bersentuhan secara langsung dengan mana-mana bahagian kapal udara itu, termasuklah bahagian yang menjadi terpisah daripada kapal udara itu; atau

(iii)

pendedahan langsung kepada bagas jet, kecuali apabila kematian atau kecedaraan itu disebabkan oleh sebab semula jadi, disengajakan atau disebabkan oleh orang lain, atau apabila kematian atau kecederaan itu berlaku kepada penumpang gelap yang bersembunyi di

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

luar ruang yang kepadanya penumpang dan anak kapal pada lazimnya ada akses;

(b)

kapal udara itu mengalami kerosakan atau kegagalan struktur yang—

(i)

memudaratkan kekuatan struktur, prestasi atau ciri-ciri penerbangan kapal udara itu; dan

(ii)

pada lazimnya memerlukan pembaikan yang besar atau penggantian komponen yang terjejas, kecuali bagi kegagalan enjin atau kerosakan, apabila kerosakan itu terhad kepada enjin atau penutup atau aksesorinya, atau bagi kerosakan yang terhad kepada bebaling, hujung sayap, antena, tayar, brek, reraut, kemek kecil atau lubang tebuk pada kulit kapal udara itu; atau

(c)

kapal udara itu hilang atau tiada akses sama sekali kepadanya.

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules