Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian VIII · Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

24C. Pengemukaan memorandum bagi apa-apa perubahan pada caj dan fi yang sedia ada

Feedback & support
(1)

Syarikat berlesen boleh mengemukakan suatu memorandum kepada Menteri yang mengandungi cadangan bagi apa-apa perubahan pada caj dan fi yang sedia ada yang ditetapkan di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 3, yang

Penerbangan Awam 47

berkaitan dengan penjalanan mana-mana fungsi atau perkhidmatannya, bagi kelulusan Menteri.

(2)

Menteri hendaklah menimbangkan memorandum itu dalam masa enam bulan dari pengemukaannya.

(3)

Jika Menteri meluluskan memorandum itu, dia boleh menjadikan kelulusannya itu tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut pada cadangan dalam memorandum itu.

(4)

Jika Menteri menolak memorandum itu, syarikat berlesen itu boleh, jika ada perubahan hal keadaan yang berhubungan dengan cadangan dalam memorandum itu, memohon kepada Menteri supaya keputusannya dikaji semula:

Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sebelum habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis penolakan memorandum itu.

(5)

Menteri hendaklah menimbangkan permohonan itu dalam masa tiga bulan dari pengemukaannya.

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules