Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian VIII · Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

24I. Penggantungan atau pembatalan lesen kerana melanggar syarat lesen

Feedback & support
(1)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa syarikat berlesen melanggar, atau telah melanggar dan mungkin akan melanggar lagi, mana-mana syarat lesennya, Ketua Pengarah boleh memberikan notis secara bertulis kepada syarikat berlesen itu menghendakinya mematuhi syarat itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu.

Penerbangan Awam 49

(2)

Jika semasa tamat tempoh yang ditetapkan dalam notis itu syarikat berlesen itu gagal mematuhi syarat yang disebut dalamnya,

Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada

Menteri tentang kegagalan syarikat berlesen itu dan laporan itu hendaklah dalam bentuk yang dianggap sesuai oleh Ketua Pengarah.

(3)

Jika, selepas menimbangkan laporan daripada

Ketua

Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu, atau pelanggaran yang dikhuatiri itu, bersifat serius atau menyentuh atau mungkin menyentuh kepentingan atau keselamatan awam dan bahawa syarikat berlesen itu telah enggan mengambil atau telah tidak mengambil segala langkah yang didapati perlu oleh Menteri bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang berkenaan, Menteri boleh memberi syarikat berlesen itu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang hendak menggantung atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesennya dan notis itu hendaklah juga menerangkan atau menyatakan—

(a)

syarat lesen yang dilanggar oleh syarikat itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan

(b)

tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya syarikat berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh syarikat berlesen itu, Menteri boleh memutuskan sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.

(5)

Notis hendaklah diberikan kepada syarikat berlesen itu oleh

Menteri tentang keputusannya dan keputusan itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh notis tersebut disampaikan kepada syarikat itu.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

(6)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini muktamad dan konklusif.

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules