Akta Penerbangan Awam 1969 · Updated to 31 Oct 2016 · Bahagian VIII · Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan
24J. Penggantungan atau pembatalan lesen kerana melanggar Akta ini atau peraturan-peraturan di bawahnya
Feedback & supportJika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa syarikat berlesen telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, dia hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang pelanggaran oleh atau ketidakpatuhan syarikat berlesen itu.
Jika, selepas menimbangkan laporan daripada
Ketua
Pengarah,
Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran atau ketidakpatuhan itu serius sifatnya atau menyentuh atau mungkin menyentuh kepentingan atau keselamatan awam, dia hendaklah memberi syarikat berlesen itu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang hendak menggantung atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesennya dan notis itu hendaklah juga menerangkan atau menyatakan—
peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang dilanggar oleh syarikat itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu;
dan
tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya syarikat berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh syarikat berlesen itu, Menteri boleh memutuskan sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.
Penerbangan Awam 51
Notis hendaklah diberikan kepada syarikat berlesen itu oleh
Menteri tentang keputusannya dan keputusan itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh notis tersebut disampaikan kepada syarikat itu.
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini muktamad dan konklusif.