Skip to content
In forceUpdated to 31 Oct 2016Read it in English

Bahagian VIII · Sekatan Mengenai Tuntutan untuk Ganti Rugi dan Pampasan

24K. Kuasa khas semasa darurat

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, apabila berlaku apa-apa rusuhan perindustrian, mogok, sekat masuk atau apa-apa kejadian lain yang menyebabkan darurat, atau demi kepentingan keselamatan awam, memberi kuasa Menteri—

(a)

untuk menggantung lesen syarikat berlesen, mengambil milik sementara mana-mana aerodrom dan mengendalikan apa-apa perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan di situ melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, atau mengikut cara yang difikirkan patut oleh Menteri;

atau

(b)

untuk menarik balik sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya penggunaan mana-mana lapangan terbang daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.

(2)

Jika berbangkit apa-apa keraguan tentang kewujudan darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) demi kepentingan keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti konklusif mengenainya.

(3)

Jika Kerajaan mengambil milik mana-mana aerodrom di bawah perenggan (1)(a), pampasan yang cukup hendaklah dibayar.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 3

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Peralihan

Schedules