Skip to content
In forceUpdated to 10 Jul 2025Read it in English

Bahagian IV · Peruntukan Am Mengenai Lesen

17. Tempoh lesen

Feedback & support
(1)

(a)

Lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, melainkan ia digantikan atau dibatalkan, hendaklah terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga pada masa lesen itu diberikan.

(b)

Tempoh yang boleh ditentukan oleh Lembaga di bawah perenggan (a) tidaklah boleh melebihi tujuh tahun.

(c)

Apabila sesuatu lesen diberikan di bawah Akta ini, Lembaga hendaklah menyatakan tarikh lesen itu akan berkuat kuasa dan tarikh habisnya tempoh lesen itu, dan tarikh tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam lesen itu apabila ia dikeluarkan.

(2)

Jika pada tarikh habisnya tempoh lesen (selain lesen jangka pendek) yang diberi di bawah seksyen 16, prosiding di hadapan

Lembaga berkaitan dengan permohonan pemegang lesen tersebut bagi pembaharuan lesen itu di bawah seksyen 21 masih belum diputuskan, lesen itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga permohonan itu diselesaikan, tetapi sementara itu tanpa menjejaskan kuasa menggantungkan atau membatalkan lesen yang diberi di bawah Akta ini daripada dijalankan.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

Report

Bahagian V

Rayuan

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Pelbagai