Seksyen 20A
Permohonan bagi kelulusan untuk mengambil bahagian dalam perniagaan atau perjanjian
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Jika pemegang lesen yang merupakan suatu syarikat atau suatu perkongsian atau suatu firma bercadang untuk mengambil bahagian dalam apa-apa perniagaan atau perjanjian yang menyebabkan—
(a)
apa-apa perubahan dalam struktur ekuiti; atau
(b)
apa-apa perubahan anggota Lembaga Pengarah, syarikat, perkongsian atau firma itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemegang lesen itu hendaklah memperoleh kelulusan daripada Lembaga sebelum mengambil bahagian dalam perniagaan atau perjanjian itu.
(2)
Lembaga boleh, apabila diterima permohonan di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu dan, jika
Lembaga meluluskan permohonan itu, Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
(3)
Pemegang lesen yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.