Skip to content

Seksyen 26C

Permohonan bagi pengubahan

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 34 of 81
Seksyen 26C

Apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan bagi pengubahan lesen perniagaan pengantaraan atau syarat lesen perniagaan pengantaraan,

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa penuh dalam budi bicaranya—

(a)

untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;

(b)

untuk menolak permohonan itu; atau

(c)

untuk memerintahkan apa-apa pengubahan pada lesen perniagaan pengantaraan itu atau syarat lesen perniagaan pengantaraan itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.