Skip to content

Seksyen 21A

Dokumen yang dikehendaki untuk memperbaharui lesen

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 24 of 81
Seksyen 21A
(1)

Selain mana-mana dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini, suatu permohonan untuk memperbaharui sesuatu lesen hendaklah disertakan dengan dokumen yang berikut:

(a)

penyata kewangan teraudit pemohon; dan

(b)

laporan prestasi tahun sebelumnya berhubungan dengan—

(i)

jumlah bilangan penumpang atau jumlah sukatan barangan yang dibawa;

(ii)

jumlah bilangan perbatuan operasi dan hasil;

(iii)

jumlah sebenar bilangan perjalanan yang dikendalikan dan dijadualkan; dan

(iv)

anggaran bilangan kenderaan yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan yang cekap bagi laluan tertentu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) Lembaga boleh menghendaki supaya apa-apa dokumen tambahan dikemukakan oleh pemohon bagi memperbaharui lesen.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 35