Seksyen 26E
Pemindahan lesen dilarang
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Tertakluk pada subseksyen (3), suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen 26A hendaklah menjadi khas untuk pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.
(2)
Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3)
Walau apa pun perenggan 26D(1)(c), Lembaga boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perniagaan pengantaraan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika atas apa-apa sebab Lembaga berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen perniagaan pengantaraan itu.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan rekod, dsb.