Seksyen 21
Permohonan untuk memperbaharui lesen
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), mana-mana orang yang memegang lesen di bawah Akta ini yang memuaskan hati
Lembaga bahawa dia telah menjalankan dengan sah atau terus-menerus dari tarikh lesen itu diberikan suatu perkhidmatan pengangkutan mengikut terma dan syarat lesen itu dengan memuaskan dan cekap, hendaklah apabila memohon kepada Lembaga untuk memperbaharui lesen itu, diberi keutamaan daripada semua permohonan lain bagi suatu lesen untuk menjalankan suatu
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
perkhidmatan pengangkutan yang pada keseluruhannya sama dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen itu.
(2)
Suatu permohonan untuk memperbaharui lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sebelum tarikh habisnya tempoh lesen yang sedia ada.
(3)
Jika pemohon gagal untuk mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberi apa-apa alasan yang Lembaga fikirkan munasabah, Lembaga boleh enggan untuk meneruskan, mendengar atau memutuskan permohonan itu.