Skip to content

Seksyen 18

Lesen jangka pendek

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 19 of 81
Seksyen 18
(1)

Jika sesuatu permohonan telah dibuat meminta supaya lesen diberi di bawah Akta ini, Lembaga boleh, jika atas sebab-sebab pentadbiran atau atas alasan keterdesakan perkara itu, difikirkannya perlu berbuat demikian sementara menunggu permohonan itu diputuskan, memberikan suatu lesen jangka pendek kepada pemohon bagi apa-apa tempoh dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(2)

Lesen jangka pendek adalah terhenti daripada berkuat kuasa dari tarikh Lembaga memberikan keputusannya atas permohonan itu dan dalam apa hal jua pun tidak boleh berkuat kuasa lebih dari dua belas bulan.