Seksyen 26B
Pembaharuan lesen
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), Lembaga boleh, apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan, membaharui lesen perniagaan pengantaraan itu dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga atau menolak permohonan itu.
(2)
Sesuatu permohonan untuk membaharui lesen perniagaan pengantaraan di bawah subseksyen
(1)
hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen perniagaan pengantaraan itu dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Lembaga.
(3)
Jika pemegang lesen perniagaan pengantaraan tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa alasan yang difikirkan munasabah oleh Lembaga, Lembaga boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau menentukan permohonan itu.
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 41
(4)
Jika tiada permohonan untuk membaharui lesen perniagaan pengantaraan dikemukakan, pemegang lesen perniagaan pengantaraan hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen perniagaan pengantaraan, mengembalikan lesen perniagaan pengantaraan itu kepada Lembaga.