Seksyen 26F
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
ActIn forceProvision 37 of 81
Seksyen 26F
(1)
Menjadi kewajipan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan apa-apa akaun dan rekod sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah seksyen 40
berhubung dengan lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan kepadanya.
(2)
Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.