Skip to content

Seksyen 25B

Kuasa Lembaga untuk menggantikan lesen

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 30 of 81
Seksyen 25B
(1)

Lembaga hendaklah, pada menjalankan kuasa budi bicaranya, mempunyai kuasa untuk menggantikan sesuatu lesen dengan sesuatu lesen daripada kelas yang berlainan atau bagi berat dengan muatan atau muatan duduk maksimum dibenarkan atau jenis yang berlainan jika Lembaga berpuas hati bahawa terdapat keperluan untuk membawa barangan yang berlainan daripada kelas lesen yang telah diberikan di bawah Akta ini bagi maksud—

(a)

menyusun semula atau menyatukan perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen daripada kelas yang berlainan; atau

(b)

menyusun semula atau menyatukan perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen daripada kelas yang sama.

(2)

Sebelum menggantikan sesuatu lesen di bawah subseksyen (1)

Lembaga hendaklah mengeluarkan notis bertulis tidak kurang daripada satu tahun sebelum tarikh penggantian yang dicadangkan itu kepada pemegang lesen dengan menyatakan hasrat Lembaga untuk menggantikan lesen itu.

(3)

Suatu lesen yang menggantikan mana-mana lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penggantian itu.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 334

(4)

Apabila lesen gantian mula berkuat kuasa, lesen yang telah digantikan di bawah subseksyen (1) adalah terbatal dan hendaklah diserahkan kepada Lembaga.