Skip to content

Seksyen 26G

Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk memberitahu Lembaga

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 38 of 81
Seksyen 26G
(1)

Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen perniagaan pengantaraan, pada setiap masa, untuk memberitahu Lembaga dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:

(a)

apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk pada keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen perniagaan pengantaraan itu;

(b)

apa-apa celaan atau denda yang dikenakan ke atas pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu oleh

Kerajaan; dan

(c)

apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “kawalan”, berhubung dengan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan, ertinya mempunyai

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 45

kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(3)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

BAHAGIAN IVB

PEREDARAN ANTARABANGSA KENDERAAN PERDAGANGAN