Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian III · Pengurusan Syarikat
71. Hak dan kuasa yang terikat dengan syer
Feedback & supportSyer dalam suatu syarikat, selain syer keutamaan, memberikan kepada pemegangnya—
hak untuk menghadiri, menyertai dan bersuara dalam mesyuarat;
hak untuk mengundi dengan mengangkat tangan atas mana-mana ketetapan syarikat;
hak bagi satu undi bagi setiap syer dalam pengundian atas mana-mana ketetapan syarikat;
hak ke atas syer yang sama dalam pengagihan lebihan aset syarikat; atau
Syarikat 119
hak ke atas syer yang sama dalam dividen yang dibenarkan oleh Lembaga.
Walau apa pun perenggan (1)(e), hak ke atas dividen sebagaimana yang dinyatakan dalamnya boleh dinafikan, diubah atau ditambah oleh perlembagaan syarikat atau mengikut terma yang padanya syer itu dikeluarkan.