Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian III · Pengurusan Syarikat
72. Syer keutamaan
Feedback & supportTertakluk pada perlembagaannya, suatu syarikat yang mempunyai modal syer boleh mengeluarkan syer keutamaan.
Tertakluk pada seksyen ini dan jika dibenarkan oleh perlembagaannya, suatu syarikat boleh mengeluarkan syer keutamaan yang adalah bertanggungan, atau atas opsyen syarikat adalah bertanggungan, untuk ditebus mengikut perlembagaan.
Penebusan syer keutamaan tidak boleh dikira sebagai mengurangkan amaun modal syer syarikat.
Tertakluk pada subseksyen (5) dan (6), syer hendaklah boleh ditebus hanya jika syer itu berbayar penuh dan penebusan itu hendaklah daripada—
keuntungan;
pengeluaran suatu syer baru; atau
modal syarikat.
Jika mana-mana syer itu ditebus daripada keuntungan menurut perenggan (4)(a) yang selainnya telah tersedia untuk dividen, maka hendaklah dipindahkan ke dalam akaun modal syer syarikat, suatu jumlah wang yang bersamaan dengan amaun syer yang ditebus itu.
Penebusan syer daripada modal yang disebut dalam perenggan (4)(c) hendaklah hanya boleh ditebus tertakluk pada yang berikut:
120 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
semua pengarah telah membuat suatu pernyataan kesolvenan di bawah seksyen 113 berhubung dengan penebusan itu; dan
syarikat itu telah menyerah simpan suatu salinan pernyataan kesolvenan itu dengan Pendaftar.
Syarikat itu hendaklah memberikan notis kepada Pendaftar dengan menyatakan syer yang ditebus itu dalam masa empat belas hari dari penebusan itu.