Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian III · Pengurusan Syarikat

79. Larangan am mengenai komisen, diskaun dan elaun

Feedback & support
(1)

Sesuatu syarikat tidak boleh menggunakan mana-mana syer atau wang tunainya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi pembayaran apa-apa komisen, diskaun atau elaun kepada seseorang sebagai balasan kepada orang itu—

(a)

melanggan atau bersetuju untuk melanggan, sama ada secara mutlak atau bersyarat, syer dalam syarikat itu; atau

(b)

bagi mendapatkan atau bersetuju untuk mendapatkan langganan, sama ada secara mutlak atau bersyarat, syer dalam syarikat itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), adalah tidak material bagaimana syer atau wang tunai digunakan, sama ada dengan ditambah kepada wang belian harta yang diperoleh oleh syarikat itu atau kepada harga kontrak kerja yang hendak dilaksanakan bagi syarikat itu, atau yang dibayar daripada wang belian nominal atau harga kontrak, atau selainnya.

Syarikat 127

(3)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules