Skip to content

Seksyen 73

Larangan mengeluarkan waran syer pembawa

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 73 of 159
Seksyen 73

(2)

Seseorang pembawa waran syer hendaklah menyerahkan waran bagi pembatalan dengan mencatatkan nama pembawa dalam daftar anggota syarikat dalam masa dua belas bulan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), pembawa waran syer boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah supaya namanya dicatatkan dalam daftar anggota syarikat.

(4)

Syarikat hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh mana-mana orang oleh sebab syarikat mencatatkan dalam daftar anggota, nama pembawa waran syer yang dikeluarkan tanpa waran diserahkan dan dibatalkan.