Seksyen 76
Pengumpukan syer atau pemberian hak dengan kelulusan syarikat
(2)
Suatu kelulusan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar dalam masa empat belas hari dari tarikh kelulusan.
(3)
Suatu kelulusan habis tempoh—
(a)
dalam hal jika suatu syarikat dikehendaki untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan—
(i)
apabila selesai mesyuarat agung tahunan itu yang diadakan selepas kelulusan diberikan; atau
(ii)
apabila habisnya tempoh yang dalamnya mesyuarat agung tahunan yang akan datang dikehendaki untuk diadakan selepas kelulusan diberikan, mengikut mana-mana yang lebih awal; atau
Syarikat 117
(b)
dalam hal jika syarikat tidak dikehendaki untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan, tidak lebih daripada dua belas bulan selepas kelulusan diberikan.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), suatu kelulusan boleh dibatalkan atau diubah pada bila-bila masa melalui suatu ketetapan syarikat.
(5)
Pengarah boleh mengumpukkan syer atau memberikan hak selepas suatu kelulusan habis tempoh jika—
(a)
syer itu diumpukkan, atau hak itu diberikan, di bawah suatu perjanjian, opsyen atau tawaran yang dibuat atau diberikan oleh syarikat sebelum kelulusan itu habis tempoh; dan
(b)
kelulusan itu membenarkan syarikat untuk membuat atau memberikan persetujuan, opsyen atau tawaran yang akan atau mungkin menghendaki syer itu diumpukkan, atau hak itu diberikan, selepas kelulusan itu habis tempoh.
(6)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.