Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian III · Pengurusan Syarikat
77. Pendaftaran pengumpukan dalam daftar anggota
Feedback & support(1)
Syarikat hendaklah mendaftarkan pengumpukan syer dalam daftar anggota yang disebut dalam seksyen 50 dalam masa empat belas hari dari tarikh pengumpukan itu.
(2)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.