Skip to content

Seksyen 15

Aduan kepada Suruhanjaya

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 15 of 67
Seksyen 15
(1)

Suruhanjaya boleh, apabila mendapat aduan daripada seseorang, menjalankan suatu penyiasatan ke atas mana-mana perusahaan, perjanjian atau perlakuan yang telah melanggar atau sedang melanggar mana-mana larangan di bawah Akta ini atau terhadap mana-mana orang yang telah melakukan atau sedang melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Aduan itu hendaklah menyatakan orang yang terhadapnya aduan itu dibuat dan butir-butir pelanggaran atau kesalahan yang dikatakan di bawah Akta ini.