Seksyen 17
Kuasa penyiasatan
ActIn forceProvision 17 of 67
Seksyen 17
(1)
Pegawai Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah Akta ini.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, pegawai Suruhanjaya yang menyiasat apa-apa pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah mempunyai segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].