Seksyen 19
Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen
Suruhanjaya boleh mengambil dan memegang simpan selama apa-apa tempoh yang difikirkannya perlu, milikan mana-mana dokumen yang diperoleh di bawah Bahagian ini.
(2)
Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui sah oleh Suruhanjaya sebagai suatu salinan sebenar dokumen itu.
(3)
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperakui sah bagi dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.
(4)
Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Suruhanjaya boleh, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu.
Akses kepada rekod, dsb.