Skip to content

Seksyen 21

Kerahsiaan

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 21 of 67
Seksyen 21
(1)

Mana-mana orang yang menzahirkan atau menggunakan apa-apa maklumat rahsia berkenaan dengan suatu perusahaan tertentu atau hal ehwal seseorang individu yang diperoleh menurut kuasa mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan.

(2)

Tiada apa pun dalam subseksyen (1) boleh berkuat kuasa untuk menghalang penzahiran maklumat jika—

(a)

penzahiran itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat itu diperoleh;

(b)

penzahiran itu adalah perlu bagi pelaksanaan fungsi atau kuasa Suruhanjaya;

(c)

penzahiran itu dibuat secara munasabah semasa apa-apa prosiding di bawah Akta ini dengan syarat bahawa penzahiran itu tidak dibuat berlawanan dengan apa-apa arahan Suruhanjaya atau Tribunal Rayuan Persaingan di hadapannya prosiding itu berjalan;

(d)

penzahiran itu dibuat berkaitan dengan suatu penyiasatan terhadap suatu pelanggaran atau suatu kesalahan di bawah

Akta ini; atau

(e)

penzahiran itu dibuat dengan kebenaran Suruhanjaya kepada mana-mana pihak berkuasa persaingan negara lain berkaitan dengan suatu permintaan oleh pihak berkuasa persaingan negara itu untuk bantuan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “maklumat rahsia” ertinya maklumat perdagangan, perniagaan atau perindustrian yang dipunyai oleh mana-mana orang, yang mempunyai nilai ekonomi dan tidak tersedia secara amnya kepada atau diketahui oleh orang lain.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 712