Skip to content

Seksyen 29

Senarai rekod, buku, akaun, dsb., yang disita

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 29 of 67
Seksyen 29
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain disita menurut Akta ini, pegawai Suruhanjaya yang membuat penyitaan itu—

(a)

hendaklah menyediakan—

(i)

suatu senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 712

(ii)

suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan

(b)

hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita dan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di dalam premis itu.

(2)

Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki supaya disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah

Akta ini dicadangkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta sedemikian atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika premis itu tidak diduduki, pegawai Suruhanjaya hendaklah menampalkan suatu salinan senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.