Skip to content

Seksyen 22

Komunikasi terlindung

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 22 of 67
Seksyen 22
(1)

Tiada seorang pun boleh dikehendaki, di bawah mana-mana peruntukan Bahagian ini, supaya memberikan atau menzahirkan apa-apa komunikasi antara seorang penasihat undang-undang profesional dengan pelanggannya yang dilindungi daripada penzahiran mengikut seksyen 126 Akta Keterangan 1950.

(2)

Jika—

(a)

Suruhanjaya membuat suatu kehendak di bawah seksyen 18

terhadap seorang peguam bela dan peguam cara berkenaan dengan apa-apa maklumat atau dokumen; dan

(b)

maklumat atau dokumen itu mengandungi komunikasi terlindung yang dibuat oleh atau bagi pihak atau kepada peguam bela dan peguam cara itu atas sifatnya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, peguam bela dan peguam cara itu berhak untuk enggan mematuhi kehendak itu melainkan jika orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi itu dibuat atau, jika orang itu ialah pertubuhan perbadanan yang di bawah penerimaan atau sedang digulung, penerima atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersetuju supaya peguam bela dan peguam cara itu mematuhi kehendak itu, tetapi jika peguam bela dan peguam cara itu enggan mematuhi kehendak sedemikian, peguam bela dan peguam cara itu hendaklah dengan segera memberi Suruhanjaya secara bertulis nama dan alamat orang yang kepadanya atau olehnya komunikasi itu dibuat.