Skip to content

Seksyen 27

Capaian kepada data berkomputer

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 27 of 67
Seksyen 27
(1)

Mana-mana pegawai Suruhanjaya yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, pegawai Suruhanjaya hendaklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu atau apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi capaiannya untuk membolehkan pemahaman data berkomputer itu.