Skip to content

Seksyen 49

Penzahiran kepentingan

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 49 of 67
Seksyen 49
(1)

Seseorang anggota Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah menzahirkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, kepada

Presiden mengenai apa-apa kepentingan, sama ada substansial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan tugas anggota itu sebagai anggota Tribunal Rayuan Persaingan dalam sesuatu perkara tertentu.

(2)

Jika Presiden berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan tugas anggota itu sebagai anggota

Tribunal Rayuan Persaingan, Presiden hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu mengenai percanggahan itu.

(3)

Jika tiada pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan tugasnya sebagai anggota Tribunal Rayuan Persaingan berhubung dengan perkara itu.

(4)

Jika sesuatu pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota Tribunal Rayuan Persaingan itu tidak boleh meneruskan pelaksanaan tugasnya sebagai anggota

Tribunal Rayuan Persaingan berhubung dengan perkara itu.

(5)

Jika anggota itu dilarang daripada melaksanakan tugasnya di bawah subseksyen (4), Presiden hendaklah melantik seorang anggota lain Tribunal Rayuan Persaingan untuk melaksanakan tugas berhubung dengan perkara itu.

(6)

Jika Presiden mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada substansial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan tugasnya sebagai Presiden Tribunal Rayuan Persaingan dalam sesuatu perkara tertentu, dia hendaklah menahan diri daripada melaksanakan tugasnya sebagai Presiden berhubung dengan perkara itu.

(7)

Kegagalan Presiden untuk menahan diri daripada melaksanakan tugasnya di bawah subseksyen (6) atau kegagalan seorang anggota untuk menzahirkan kepentingannya hendaklah—

(a)

menidaksahkan keputusan Tribunal Rayuan Persaingan itu melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan

Persaingan 43

(b)

menjadikan Presiden atau anggota itu tertakluk kepada pembatalan pelantikannya di bawah seksyen 47.