Skip to content

Seksyen 52

Rekod keputusan Suruhanjaya

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 52 of 67
Seksyen 52
(1)

Orang yang terkilan atau orang yang kepentingannya tersentuh yang disebut dalam seksyen 51 boleh, atas inisiatifnya sendiri, meminta secara bertulis kepada Suruhanjaya untuk mendapatkan suatu pernyataan mengenai alasan bagi keputusan

Suruhanjaya.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 712

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Suruhanjaya hendaklah, apabila diterimanya permintaan bertulis di bawah subseksyen (1), memberikan suatu salinan penyataan mengenai alasan bagi keputusannya kepada orang yang terkilan atau orang yang kepentingannya tersentuh itu apabila dibayar fi yang ditetapkan.

(3)

Apabila suatu notis rayuan telah difailkan dengan

Tribunal Rayuan Persaingan di bawah seksyen 51, Suruhanjaya hendaklah, jika ia belum lagi menulis alasan bagi keputusannya mengenai perkara yang dinyatakan dalam notis itu sebagaimana yang diminta oleh perayu di bawah subseksyen (1), merekodkan secara bertulis alasan bagi keputusannya dan alasan bertulis itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding di hadapan

Tribunal Rayuan Persaingan.