Skip to content

Seksyen 51

Rayuan kepada Tribunal Rayuan Persaingan

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 51 of 67
Seksyen 51
(1)

Seseorang yang terkilan atau yang kepentingannya tersentuh oleh suatu keputusan Suruhanjaya di bawah seksyen 35,

39 atau 40 boleh merayu kepada Tribunal Rayuan Persaingan dengan memfailkan suatu notis rayuan kepada Tribunal Rayuan

Persaingan.

(2)

Suatu notis rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada

Tribunal Rayuan Persaingan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan Suruhanjaya dan perayu hendaklah memberikan suatu salinan notis itu kepada Pengerusi Suruhanjaya.

(3)

Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dalam bentuk ringkasan kandungan keputusan Suruhanjaya yang dirayukan, hendaklah mengandungi suatu alamat di mana apa-apa notis atau dokumen yang berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu itu atau peguam belanya dan hendaklah ditandatangani oleh perayu itu atau peguam belanya.