Seksyen 57
Kuasa Tribunal Rayuan Persaingan
Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah mempunyai kuasa—
(a)
untuk memanggil pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain untuk hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;
(b)
untuk mendapatkan dan menerima keterangan secara bersumpah atau ikrar sama ada secara lisan atau dokumentar, dan memeriksa semua orang sedemikian sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya;
(c)
jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa maklumat, dokumen atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan Persaingan bagi maksud rayuan itu;
(d)
untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;
(e)
jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan pembayaran apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 712
(f)
untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada secara lisan atau dokumentar, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan; dan
(g)
untuk secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan.
(2)
Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah mempunyai kuasa mahkamah rendah di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948
[Akta 92] berkenaan dengan penguatkuasaan kehadiran saksi, pendengaran keterangan secara bersumpah atau ikrar dan menjatuhkan hukuman kerana penghinaan mahkamah.