Akta Persaingan 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian V · Tribunal Rayuan Persaingan
47. Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan
Feedback & supportPresiden atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan
Persaingan boleh meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis enam puluh hari kepada Perdana Menteri.
Perdana Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan Presiden atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan
Persaingan jika—
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya atau menguruskan hal ehwalnya;
dia menjadi bankrap atau tidak solven;
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)
selama lebih daripada dua tahun;
Persaingan 41
dia telah melakukan salah laku yang serius berhubung dengan tugasnya;
dia tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 49;
atau
prestasinya tidak memuaskan selama suatu tempoh masa yang ketara.