Skip to content

Seksyen 53

Penggantungan keputusan sementara menunggu rayuan

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 53 of 67
Seksyen 53
(1)

Sementara menunggu keputusan suatu rayuan oleh

Tribunal Rayuan Persaingan, suatu keputusan Suruhanjaya adalah sah, mengikat dan boleh dikuatkuasakan kecuali jika suatu penggantungan keputusan Suruhanjaya telah dipohon oleh perayu dan dibenarkan oleh Tribunal Rayuan Persaingan.

(2)

Suatu permohonan untuk penggantungan hendaklah secara bertulis dan hendaklah dibuat kepada Tribunal Rayuan Persaingan pada atau selepas hari notis rayuan itu difailkan dengan Tribunal

Rayuan Persaingan.