Skip to content

Seksyen 58

Keputusan Tribunal Rayuan Persaingan

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 58 of 67
Seksyen 58
(1)

Keputusan Tribunal Rayuan Persaingan, tentang apa-apa perkara, hendaklah diputuskan mengikut majoriti anggotanya.

(2)

Tribunal Rayuan Persaingan boleh mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang menjadi hal bagi rayuan itu, atau mana-mana bahagiannya, dan boleh—

(a)

meremitkan perkara itu kepada Suruhanjaya;

(b)

mengenakan atau membatalkan, atau mengubah amaun, suatu penalti kewangan;

(c)

memberikan apa-apa arahan, atau mengambil apa-apa langkah lain sebagaimana yang boleh diberikan atau diambil oleh Suruhanjaya sendiri; atau

(d)

membuat apa-apa keputusan lain yang boleh dibuat oleh

Suruhanjaya sendiri.

(3)

Suatu keputusan Tribunal Rayuan Persaingan adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak kepada rayuan itu.

Persaingan 47