Seksyen 11
Jawapan adjudikasi
of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
ActIn forceProvision 11 of 41
Seksyen 11
(1)
Pihak yang menuntut boleh, dalam masa lima hari bekerja dari penerimaan respons adjudikasi, menyampaikan suatu jawapan bertulis kepada respons adjudikasi itu berserta dengan dokumen sokongan kepada responden.
(2)
Pihak yang menuntut hendaklah memberi adjudikator salinan jawapan adjudikasi berserta dengan apa-apa dokumen sokongan dalam masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1).