Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 · Updated to 22 Jun 2012 · Bahagian II · Adjudikasi Pertikaian Pembayaran
15. Keputusan adjudikasi yang diperoleh secara tidak wajar
Feedback & supportSuatu pihak yang terkilan boleh memohon kepada Mahkamah
Tinggi untuk mengetepikan keputusan adjudikasi atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut:
(a)
keputusan adjudikasi telah diperoleh secara tidak wajar melalui fraud atau suapan;
(b)
terdapat penafian keadilan asasi;
(c)
adjudikator tidak bertindak dengan bebas atau saksama;
atau
(d)
adjudikator telah bertindak melampaui bidang kuasanya.