Skip to content

Seksyen 18

Kos prosiding adjudikasi

of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012

ActIn forceProvision 18 of 41
Seksyen 18
(1)

Adjudikator, dalam membuat keputusan adjudikasi berhubung dengan kos prosiding adjudikasi hendaklah memerintahkan kos supaya mengikut keadaan dan hendaklah menetapkan kuantum kos yang perlu dibayar itu.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah mengatasi mana-mana perjanjian yang dibuat oleh pihak-pihak sebelum permulaan prosiding adjudikasi yang dengannya satu pihak bersetuju untuk membayar kos pihak yang satu lagi atau menanggung fi dan perbelanjaan adjudikator.

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 17

Fi dan perbelanjaan adjudikator, dsb.