Seksyen 6
Respons pembayaran
of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
Pihak yang tidak membayar yang mengakui tuntutan pembayaran yang disampaikan kepadanya hendaklah menyampaikan suatu respons pembayaran kepada pihak yang tidak dibayar berserta dengan keseluruhan amaun yang dituntut atau apa-apa amaun yang diakuinya.
(2)
Pihak yang tidak membayar yang mempertikaikan amaun yang dituntut dalam tuntutan pembayaran, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, hendaklah menyampaikan suatu respons pembayaran secara bertulis kepada pihak yang tidak dibayar itu dengan menyatakan amaun yang dipertikaikan dan sebab bagi pertikaian itu.
(3)
Suatu respons pembayaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah disampaikan kepada pihak yang tidak dibayar dalam masa sepuluh hari bekerja dari penerimaan tuntutan pembayaran.
(4)
Pihak yang tidak membayar yang tidak memberikan respons kepada tuntutan pembayaran dengan cara yang diperuntukkan di bawah seksyen ini disifatkan telah mempertikaikan keseluruhan tuntutan pembayaran itu.