Skip to content

Seksyen 10

Respons adjudikasi

of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012

ActIn forceProvision 10 of 41
Seksyen 10
(1)

Responden hendaklah, dalam masa sepuluh hari dari penerimaan tuntutan adjudikasi di bawah subseksyen 9(1), menyampaikan respons adjudikasi bertulis yang hendaklah menjawab tuntutan adjudikasi itu berserta dengan apa-apa dokumen sokongan kepada pihak yang menuntut.

(2)

Responden hendaklah memberi adjudikator salinan respons adjudikasi itu berserta dengan apa-apa dokumen sokongan dalam masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1).

(3)

Jika responden tidak menyampaikan apa-apa respons adjudikasi, pihak yang menuntut boleh meneruskan adjudikasi itu selepas tamat masa yang dinyatakan di bawah subseksyen (1).