Seksyen 17
Penarikan balik dan permulaan semula prosiding adjudikasi
of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
Pihak yang menuntut boleh pada bila-bila masa menarik balik tuntutan adjudikasi dengan menyampaikan suatu notis penarikan balik secara bertulis kepada responden dan adjudikator.
(2)
Pihak yang menuntut hendaklah menanggung kos yang berbangkit daripada penarikan balik prosiding adjudikasi itu melainkan jika adjudikator memerintahkan selainnya.
(3)
Pihak yang menuntut yang telah menarik balik tuntutan adjudikasi bebas untuk memulakan semula adjudikasi tentang hal perkara yang sama dengan menyampaikan suatu notis adjudikasi yang baru mengikut seksyen 8.
(4)
Jika seseorang adjudikator mati, meletakkan jawatan atau tidak berupaya oleh sebab sakit atau apa-apa sebab lain untuk menyelesaikan prosiding adjudikasi—
(a)
prosiding adjudikasi itu berakhir dan pihak-pihak itu adalah bebas untuk memulakan semula prosiding adjudikasi yang baru; atau
(b)
prosiding adjudikasi itu boleh diteruskan oleh adjudikator baru yang dilantik oleh pihak-pihak itu dan prosiding adjudikasi itu hendaklah diteruskan seolah-olah tiada pertukaran adjudikator.