Seksyen 7
Hak untuk merujukkan pertikaian kepada adjudikasi
of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
Suatu pihak yang tidak dibayar atau pihak yang tidak membayar boleh merujukkan suatu pertikaian yang berbangkit daripada tuntutan pembayaran yang dibuat di bawah seksyen 5
kepada adjudikasi.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 746
(2)
Hak untuk merujukkan pertikaian kepada adjudikasi hanya boleh dijalankan selepas tamat tempoh untuk menyampaikan respons pembayaran sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 6(3).
(3)
Suatu pertikaian yang dirujukkan kepada adjudikasi di bawah Akta ini adalah tertakluk kepada Akta Had Masa 1953
[Akta 254], Ordinan Had Masa Sabah [Bab 72] atau Ordinan Had
Masa Sarawak [Bab 49] mengikut mana-mana yang berkenaan.